Friday 21 September 2012

Genting Highlands Kota Dalam Android!

Resorts World Genting mobile application is now available for free download on Play Store. With this app you will have immediate access to the latest information on events, attractions, packages, recommended itineraries and other all year round activities at Resorts World Genting. You can now check your Genting and WorldCard Points and plan your next trip to Resorts World Genting with just a few swipes.

Thursday 20 September 2012

Seks Suci!


SEREMBAN, 17 Sept (Bernama) -- Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (Jheains) menahan seorang lelaki yang mendakwa diri sebagai pengamal perubatan Islam ketika cuba melakukan seks ke atas pesakit wanitanya di sebuah rumah di Kampung LBJ di sini.
Lelaki berusia 48 tahun itu ditahan dalam serbuan yang dilakukan Jheains pada pukul 12.30 tengah hari tadi, ketika cuba melakukan perbuatan keji tersebut yang didakwa sebahagian daripada cara rawatan, dengan seorang wanita berusia 24 tahun di rumah mangsa.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Jheains Ahmad Husaini Mustafa berkata pada mulanya, suspek dari Kuala Lumpur dihubungi mangsa untuk mengubati dirinya yang menghadapi masalah mendapatkan anak.
"Apabila tiba di rumah mangsa, suspek kemudian menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran untuk merawat mangsa dan melakukan ''nikah batin'' iaitu menikahkan dirinya dengan wanita itu tanpa mengikut ajaran Islam yang sebenar.
"Suspek kemudiannya cuba mengambil kesempatan dengan melakukan seks ke atas mangsa yang ketika itu sudah terpedaya dengan rawatan lelaki itu, sebelum rumah itu diserbu Jheains," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Husaini berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 49 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan kerana mempermainkan ayat Al-Quran; Seksyen 50 Enakmen sama kerana mencemar dan menghina Agama Islam; dan Seksyen 77 Enakmen sama kerana memikat wanita untuk melakukan niat jahat.

Monday 3 September 2012

Sifat Semulajadi Wanita Tarikan Utama Lelaki

Dibawah ini adalah beberapa sifat semulajadi Wanita yang boleh menjadi tarikan utama Lelaki.

1. Keanak-anakkan

Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. Dengan kata lain, manja! Manja Kucing.

2. Penuh Pengertian

Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya.

3. Menghargai

Lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.

4. Menjaga Penampilan

Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman.

5. Pandai berbicara

Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita. (bersifat terbuka)